Saturday, May 7, 2011

Umngok-BN & Najib Menggelabah Sakan!

Nampak gayanya Najib sudah semakin kalut dan menggelabah. Agenda terbarunya untuk menawan Selangor cukup jelas memperlihatkan betapa dahsyat dan kemaruknya Najib. Dia mengerahkan seluruh anggota Umngok Selangor bersiap sedia dengan segala senjata yang ada bagi merampas kembali Selangor dalam PRU 13 akan datang. Bayangkan apa dia agaknya segala senjata yang ada itu? Barangkali mungkin parang, kapak, pisau, pistol, senapang atau bom C4. Atau mungkin penipuan, rasuah, penindasan, penahanan ISA atau pembunuhan. Semua itu bukanlah suatu yang asing bagi puak Umngok.

Telah menjadi kebiasaan mereka menggunakan segala macam alat dalam memenuhi nafus serakah mereka. Tidak lama dulu Najib pernah memberi amaran bahawa Umngok-BN akan pertahankan Putrajaya walau berkecai tulang dari badan. Dan kini dia mengarahkan agar gunakan segala senjata yang ada bagi merampas Selangor pula. Semua ini seolah-olah memperlihatkan betapa Najib menggalakkan budaya Mafia dan Keganasan dalam mencapai apa jua yang dihasratkan. Adakah orang seperti ini yang kita mahu jadikan pemimpin negara?

Apa yang pasti Najib sedang dalam kebingungan mahu melakar strategi yang bijaksana demi menawan hati rakyat. Telah habis sudah cara dan kaedah bagaimana mahu diranapkan populariti Pakatan Rakyat yang mendapat sokongan dan dokongan segenap pelusuk rakyat Malaysia. Najib gagal!

No comments:

Post a Comment