Wednesday, March 16, 2011

Tanda awal tsunami yg tidak disedari

Satu kejadian anih telah berlaku dipantai Acapulco, Mexico beberapa hari sebelum ini...Orang ramai yg datang ke pantai itu merasa agak hairan dan mereka berebut rebut menangkap ikan dengan tangan yg terlalu banyak menghampiri tepi pantai.
 
 
Ribuan ikan sardin, ikan-ikan bilis dan anak anak ikan tenggiri berkumpulan merapati sepanjang pantai tempat peranginan Mexico itu. Baru kini orang orang yg hadir itu berfikir dan mempercayai bahawa apa yg menjadi adalah berkait dengan tsunami yg melanda Jepun kelmarin.

hanya menangkap dengan menggunakan tangan

Nelayan-nelayan amat gembira dan sebuk dengan motorbot-motorbot kayu nya, meninggalkan jaring-jaring yg mereka guna dan mereka hanya mengaut ikan ikan dengan baldi sahaja.
kawan ikan yg terlalu banyak kelihatan hitam macam minyak tumpah

Beberapa pakar percaya fenomena secara langsung adalah berkaitan dengan tsunami yg berlaku diJepun. Nelayan-nelayan menyifatkan fenomena pelik ini dan arus luar biasa mempunyai kaitan kejadian tsunami yang meranapkan sebahagian dari Negara Jepun.
 
 
Nelayan-nelayan di Acapulco mengatakan mereka tidak pernah melihat kawan ikan yg sebegini banyak berada berhampiran gigi air dimana mana pantai sekali pun.
 

Siapa Zoy? Kartunis Yang Menghina Jepun!!!

 



Inilah kartunis Mohd Zohri Sukimi atau lebih terkenal dengan nama penanya, Zoy. Mungkin sebelum ini kita tidak ambil peduli siapakah kartunis ini. Namun sejak salah satu karyanya yang mengaibkan Malaysia semalam mencetuskan kemarahan umum dan antarabangsa, menyebabkan kita hendak mengenali siapakah beliau. Profil kartunis Zoy adalah seperti berikut:


Kartunis ZOY

Nama : Mohd Zohri Sukimi

Tarikh lahir : 23 Januari 1959

Umur : 52 tahun

Asal : Klang, Selangor

Saya tidak layak untuk mentafsirkan siapa itu Zoy. Jadi saya bertanyakan kepada rakan kartunis yang pastinya saling mengenali antara satu sama lain diantara mereka. Zunar antara individu yang layak untuk bertanyakan siapakah Zoy itu. Akhirnya Zunar memberikan jawapan yang 'LENGKAP' untuk kita mengenali watak Zoy yang sebenar.

Kalau Zunar lah yang melukis kartun tersebut, saya amat YAKIN dan PASTI akan timbul pelbagai kecaman dan tindakan yang akan dikenakan terhadap beliau. Pihak berkuasa akan menggeledah pejabatnya, segala bahan dan komputernya akan dirampas. Zunar juga akan disumbatkan ke dalam penjara....barangkali.

by : Pulakdah

Tuesday, March 8, 2011

Wan Azizah Dipeluk Apek


Bayangkanlah seandainya Wan Azizah yang dipeluk oleh Apek tua ini? Sudah tentu habis riuh satu Malaya dek perbuatan mereka berdua. Akan muncullah wira-wira ketuanan Melayu yang mengaku Islam mengutuk dan mencaci Wan Azizah akibat insiden peluk-memeluk ini. Namun apabila yang dipeluk oleh Apek itu adalah Shahrizat yang sudah semstinya orang UMNgOk makanya tiada siapa yang mempedulikannya. Senyap sunyi suara-suara wira ketuanan Melayu yang mengaku Islam dan segala Ostat-ostat berkepiah putih dalam UMNgok. Mana dia suara kamu? Ayuh tunjukkan ketuanan kamu!!!

PAS Tewas Lagi Di Kerdau & Merlimau


Perjuangan untuk menegakkan kebenaran memang banyak dugaannya. Cabarannya memang sukar untuk dibayangkan. Namun jangan jadikan ia sebagai batu penghalang. Sematkan tekad agar perjuangan diteruskan demi satu kemenangan yang bakal dikecapi tidak lama lagi.

Fat Lady of Malaysia - FLOM




Revolusi Rakyat Libya

Sampai bilakah agaknya Muammar Gaddafi mahu berkeras dan bertegas enggan melepaskan jawatannya yang telah disandang berpuluh tahun lamanya. Desakan rakyat Libya hingga tercetusnya Perang Saudara masih belum mampu menarik Gaddafi turun dari takhtanya seperti yang telah berlaku ke atas Hosni Mubarak dan Zainal Abidin Ben Ali.





Dakwat Di Jari


Kalau di Sudan sudah mengamalkan kaedah mencelup dakwat di jari selepas memangkah undi. Mengapa tidak di Malaysia? Jika nak dibandingkan kemajuan di Malaysia dengan Sudan jauh panggang dari api. Namun adalah cukup memalukan buat Malaysia apabila sebuah negara yang kurang maju seperti Sudan bersedia melaksanakan penandaan dakwat di jari semasa pilihanraya. SPR patut malu dengan Sudan.

Cara Membuat Api







10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1 Ketika hujan.
2 Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3 Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
'Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.' (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4 Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.' (Riwayat al-Tirmizi)

5 Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6 Ketika sujud dalam solat.
7 Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8 Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9 Sepanjang hari Jumaat. Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10 Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.