Jika yang memberikan duit raya sebanyak setengah bulan gaji itu datangnya dari Kerajaan Umngok BN memanglah kita terpaksa akur. Sudah menjadi resam budaya Umngok BN sejak dari azali lagi mereka gemar mengutamakan kakitangan kerajaan berbanding rakyat biasa yang lain. Legasi ini diteruskan pula oleh Najib sekalipun ia memang bercanggah dengan slogannya sendiri iaitu Rakyat Didahulukan. Adalah lebih baik ditukar sahaja slogan itu menjadi Kakitangn Kerajaan Didahulukn Rakyat Biasa Dilupakan. Barangkali harga ayam sekilo memang dijual murah kepada rakyat biasa dengan harga RM2 sekilo berbanding kakitangan kerajaan yang membelinya pada harga RM12 sekilo. Jadi tak perlulah rakyat bukan kakitangan kerajaan diberi duit raya kerana senang-lenang hidup mereka. Jadi tak perlulah dipedulikan. Yang penting kakitangan kerajaan perlu diberi duit raya sebab hidup mereka susah. Lebih susah dari rakyat biasa. Mungkin juga agaknya rakyat biasa ini warga Bangladesh, Indon, Kemboja ataupun Myanmar maka tak payah dipedulikan sangat. Barangkali juga definisi Rakyat Malaysia pada skop pandangan Najib dan Umngok Bongoknya itu HANYALAH dari kalangan Kakitangan Kerajaan sahaja.
Tak mengapalah nak buat macam mana kalau dah dapat PM bongok macam gini. Namun mungkin ada pula yg membela tindakan buta perut Najib ini dan berkata kalau nak diberi duit raya pada semua 20 juta rakyat Malaysia boleh bankrap satu negara. Ahh.. ini hanyalah satu pandangan tolol lagi bangang. Orang yang berkata begini memang cukup tolol jika tak mahu duit raya percuma sepertimana yang dinikmati oleh semua kakitangan kerajaan. Mereka bergembira dengan duit setengah bulan gaji sedangkan dia hanya menelan air liur kosong sahaja. Bodoh benarlah dia jika beria-ria sangat nak pertahankan Najib sedangkan dirinya sendiri tidak dipedulikan langsung oleh PM 1Malaysia itu. Bukanlah nak menghina Dollah Badawi, setidur-tidur diapun ada juga kita merasa duit percuma dengan program Rebate satu ketika dulu. Ahh.. tak bankrap pun satu negara! Semua rakyat Malaysia yang layak dapat merasa termasuklah kakitangan kerajaan. Dalam kekangan kewangan yang semakin pokai akibat disapu licin oleh Mahathir, Dollah Badawi masih mampu menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dengan duit rebate dari Pejabat Pos.
Oklah tak mengapa lagi jika Najib Umngok BN enggan bertolak ansur dengan rakyat bukan kakitangan kerajaan. Itu sudah menjadi tabiat buruknya. Apa yg agak dikesalkan apabila kerajaan Pakatan Rakyat sendiri terikut-ikut meniru perilaku buruk Najib ini. Kerajaan PR juga sibuk mengumumkan pemberian duit raya. Tetapi hanya kepada semua kakitangan kerajaan Negeri bukan kepada rakyat biasa. Malahan MB Selangor pula dengan bangganya turut menaikkan lagi jumlah duit raya yang ingin diberi. Apakah semuanya ini? Sedar atau tidak sedar perkara ini seolah-olah memperkecilkan sumbangan undi oleh rakyat terbanyak dari kalangan bukan kakitangan kerajaan negeri yang telah memenangkan PR tempohari. Apakah menangnya PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan atas undian kakitangan kerajaan negeri sahaja? Sudah tentu tidak! Mengapalah perlu ikut cara Umngok BN yang kolot ini? Apa salahnya diberikan duit raya itu kepada semua rakyat di bawah naungan kerajaa Pakatan Rakyat? Jika tak ada duit jangan diberi langsung. Itukan lebih adil. Agaknya puak Umngok Bongok mesti bergelak sakan bila melihat kerajaan PR turut sama menari ikut rentak mereka.
Ayuhlah pimpinan Pakatan! Sedarlah kalian dan bukalah minda. Tolonglah ubah pendekatan kalian yang nampaknya lebih mirip kepada lagak dan gaya Umngok BN yang bongok itu. Buatlah perubahan agar ia lebih adil dan bijaksana. Itupun jika kalian masih memerlukan undi kami yang bukan dari orang Gomen. Undi orang Gomen sahaja takkan cukup tanpa undi kami semua rakyat marhain yang bukan dari kalangan orang Gomen. Beringatlah sebelum terkena!