Saturday, May 7, 2011

Eskay Mula Dimakan Sumpah


Sumpah laknat nampaknya sudah mula makan tuan. Eskay yang kununnya telah bersumpah laknat mahu membuktikan dia tidak berbohong dan mendakwa DSAI adalah kelibat orang yang berada dalam video seks kini telah dimakan sumpah. Terkini Eskay di depan wartawan telah memutar belit tuduhannya dengan mengatakan dia tidak menuduh DSAI berzina seperti dalam video tersebut. Tuduhan adalah datangnya dari wartawan dan orang ramai. Ternyata kenyataannya kini amat bercanggah dengan tuduhan sebelum ini yang dengan begitu tegas dan yakinnya dia bahawa orang di dalam video itu adalah DSAI. Memang Eskay telah dimakan sumpah sedikit demi sedikit.

Pembalasan Allah ke atas orang yang berbohong tetapi berani bersumpah laknat bukanlah secara terang seperti dipanah petir. Ia datang cukup pantas tetapi dalam bentuk yang tidak kita sedari. Sebagai contoh Eskay sendiri dari mulutnya menegaskan dia tidak menuduh DSAI berzina. Inilah satu petanda nyata bahwa pembalasan itu telahpun ditimpakan ke atas Eskay. Cumanya kita sedar atau tidak sedar akan kewujudannya. Mungkin ada lagi pembalasan ke atasnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sebenarnya bukan tugas kita mahu menghukum sesiapapun yang berbuat dosa besar. Berzina ini telah termaktub dalam Al Quran dan ia diharamkan untuk kita lakukan. Pembalasan yang dahsyat bakal ditimpakan kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. Itu adalah kata-kata dan ingatan dari Allah. Maka biarlah Allah yang menghukum mereka yang berdosa ini.

Tugas kita sesama manusia cukuplah menasihatinya secara sulit dan berdoa kepada Allah agar si Fulan ini balik ke pangkala jalan dan bertaubat. Itulah yang sepatutnya kita lakukan. Bukannya menghebahkan dan menghebohkan ke serata alam akan keaiban seseorang itu. Itu sebab dalam Islam perlunya didatangkan 4 saksi bersih sebelum mendakwa seseorang itu berzina. Tuduhan zina ini bukan boleh dibuat main-main. Amat berat hukumannya jika didapati fitnah. Maka sesungguhnya Allah maha mengetahui bahawa memanglah sukar mahu dicari 4 saksi yang bersih ini apalagi di zaman selepas Nabi wafat. Moralnya adalah meceritakan aib orang amat ditegah dalam Islam sekalipun ia benar. Jika tanpa 4 saksi ia tidak boleh dibuat tuduhan.

Namun Eskay dan kuncu-kuncunya telah merampas dan mengambil kerja Allah dengan cuba hendak menghukum dan mendakwa saudara seagamanya walaupun belum terbukti bersalah. Malahan mereka sanggup bersumpah laknat sedangkan diri sendiri belum cukup layak untuk berbuat demikian apalagi seseorang yang suka berbohong. Tunggulah pembalasannya jika ternyata kamu berbohong di dalam rumah Allah di hadapan kitab Allah dengan lafaz kalimah Allah. Tunggulah!

No comments:

Post a Comment