Sunday, May 8, 2011

Konspirasi Manchester United?



Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. MU  dari segi logo dan warna tema mempunyai pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

MU mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal.


perhatikan garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United under the one eye?/bersatu dibawah mata satu



Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang ‘garfu’ yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukan oleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan ‘angka sial’ bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.




Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33
No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.


diedit ~mori
sumber:freeourmind-blog


Saturday, May 7, 2011

Eskay Mula Dimakan Sumpah


Sumpah laknat nampaknya sudah mula makan tuan. Eskay yang kununnya telah bersumpah laknat mahu membuktikan dia tidak berbohong dan mendakwa DSAI adalah kelibat orang yang berada dalam video seks kini telah dimakan sumpah. Terkini Eskay di depan wartawan telah memutar belit tuduhannya dengan mengatakan dia tidak menuduh DSAI berzina seperti dalam video tersebut. Tuduhan adalah datangnya dari wartawan dan orang ramai. Ternyata kenyataannya kini amat bercanggah dengan tuduhan sebelum ini yang dengan begitu tegas dan yakinnya dia bahawa orang di dalam video itu adalah DSAI. Memang Eskay telah dimakan sumpah sedikit demi sedikit.

Pembalasan Allah ke atas orang yang berbohong tetapi berani bersumpah laknat bukanlah secara terang seperti dipanah petir. Ia datang cukup pantas tetapi dalam bentuk yang tidak kita sedari. Sebagai contoh Eskay sendiri dari mulutnya menegaskan dia tidak menuduh DSAI berzina. Inilah satu petanda nyata bahwa pembalasan itu telahpun ditimpakan ke atas Eskay. Cumanya kita sedar atau tidak sedar akan kewujudannya. Mungkin ada lagi pembalasan ke atasnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sebenarnya bukan tugas kita mahu menghukum sesiapapun yang berbuat dosa besar. Berzina ini telah termaktub dalam Al Quran dan ia diharamkan untuk kita lakukan. Pembalasan yang dahsyat bakal ditimpakan kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. Itu adalah kata-kata dan ingatan dari Allah. Maka biarlah Allah yang menghukum mereka yang berdosa ini.

Tugas kita sesama manusia cukuplah menasihatinya secara sulit dan berdoa kepada Allah agar si Fulan ini balik ke pangkala jalan dan bertaubat. Itulah yang sepatutnya kita lakukan. Bukannya menghebahkan dan menghebohkan ke serata alam akan keaiban seseorang itu. Itu sebab dalam Islam perlunya didatangkan 4 saksi bersih sebelum mendakwa seseorang itu berzina. Tuduhan zina ini bukan boleh dibuat main-main. Amat berat hukumannya jika didapati fitnah. Maka sesungguhnya Allah maha mengetahui bahawa memanglah sukar mahu dicari 4 saksi yang bersih ini apalagi di zaman selepas Nabi wafat. Moralnya adalah meceritakan aib orang amat ditegah dalam Islam sekalipun ia benar. Jika tanpa 4 saksi ia tidak boleh dibuat tuduhan.

Namun Eskay dan kuncu-kuncunya telah merampas dan mengambil kerja Allah dengan cuba hendak menghukum dan mendakwa saudara seagamanya walaupun belum terbukti bersalah. Malahan mereka sanggup bersumpah laknat sedangkan diri sendiri belum cukup layak untuk berbuat demikian apalagi seseorang yang suka berbohong. Tunggulah pembalasannya jika ternyata kamu berbohong di dalam rumah Allah di hadapan kitab Allah dengan lafaz kalimah Allah. Tunggulah!

10 Janji Buku Jingga

Kita sebenarnya telah dikaburi dengan pelbagai isu semasa yang tak relevan untuk diulas atau dibincangkan. Video seks, liwat, agama rasmi, perkauman dan segala macam propaganda ciptaan Umngok-BN. Seharusnya fokus kita perlu diarahkan kepada Dasar Buku Jingga dan 10 janjinya. Ini yang patut diutamakan dan diperjelaskan ke seluruh negara dan difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi bacalah dan fahamilah antara 10 janji tersebut dan sebarkan kepada rakan-rakan dan teman-teman anda.


Umngok-BN & Najib Menggelabah Sakan!

Nampak gayanya Najib sudah semakin kalut dan menggelabah. Agenda terbarunya untuk menawan Selangor cukup jelas memperlihatkan betapa dahsyat dan kemaruknya Najib. Dia mengerahkan seluruh anggota Umngok Selangor bersiap sedia dengan segala senjata yang ada bagi merampas kembali Selangor dalam PRU 13 akan datang. Bayangkan apa dia agaknya segala senjata yang ada itu? Barangkali mungkin parang, kapak, pisau, pistol, senapang atau bom C4. Atau mungkin penipuan, rasuah, penindasan, penahanan ISA atau pembunuhan. Semua itu bukanlah suatu yang asing bagi puak Umngok.

Telah menjadi kebiasaan mereka menggunakan segala macam alat dalam memenuhi nafus serakah mereka. Tidak lama dulu Najib pernah memberi amaran bahawa Umngok-BN akan pertahankan Putrajaya walau berkecai tulang dari badan. Dan kini dia mengarahkan agar gunakan segala senjata yang ada bagi merampas Selangor pula. Semua ini seolah-olah memperlihatkan betapa Najib menggalakkan budaya Mafia dan Keganasan dalam mencapai apa jua yang dihasratkan. Adakah orang seperti ini yang kita mahu jadikan pemimpin negara?

Apa yang pasti Najib sedang dalam kebingungan mahu melakar strategi yang bijaksana demi menawan hati rakyat. Telah habis sudah cara dan kaedah bagaimana mahu diranapkan populariti Pakatan Rakyat yang mendapat sokongan dan dokongan segenap pelusuk rakyat Malaysia. Najib gagal!

Kristian Jadi Agama Rasmi - Propaganda Murahan Umngok


Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak Umngok-BN demi untuk meraih sokongan orang Melayu Islam. Tujuan utamanya hanyalah untuk menunjukkan bahawa Umngok adalah pembela Islam lebih dari PAS. Dalam hal ini sudah barang tentu isu ini tidak mendapat respon dari PAS seperti yang dikehendaki oleh Umngok. Mereka jika boleh mahu PAS bersama dengan Umngok menyokong agar memepertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Maka bolehlah Umngok jadikan persetujuan bersama ini sebagai PAS telah bersepadu dengan Umngok.

Bayangkanlah agama rasmi Malaysia iaitu Islam mahu diganti dengan agama Kristian dengan sekelip mata. Ini bukan kerja senang. Ia tidaklah semudah itu mahu dilaksanakan. Semua orang tahu Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai agama rasmi Malaysia. Mana mungkin semudah itu mahu agama Kristian hendak digantikan sebagai agama rasmi. Semua ini memerlukan pindaan Perlembagaan, persetujuan 2/3 Ahli Parlimen dan perkenan dari Agong berserta dengan nasihat para Mufti dan Ulama. Jadi apakah maksud tersirat disebalik isu ini? Tak lain hanyalah sebagai propaganda Umngok mahu menarik soongan PAS kepada mereka.

Puak Umngok sangka PAS akan semudah itu mahu menyokong mereka membuta-tuli sedangkan apa yang dihebohkan itu memang mustahil akan terjadi di Malaysia dan isu ini tak pernah timbul atau ditimbulkan oleh sesiapapun. Prosesnya bukanlah semudah seperti cetakan tajuk utama oleh Utusan Meloya. Bahkan semua rakyat Malaysia tahu ia memang sukar untuk dibuat ataupun dipinda. Jadi isu agama rasmi ini tidak timbul sama sekali. Yang nyata Umngok sedang tenggelam timbul dalam mencari dahan untuk berpaut setelah hanyut dipukul ombak Tsunami 2008.