Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak Umngok-BN demi untuk meraih sokongan orang Melayu Islam. Tujuan utamanya hanyalah untuk menunjukkan bahawa Umngok adalah pembela Islam lebih dari PAS. Dalam hal ini sudah barang tentu isu ini tidak mendapat respon dari PAS seperti yang dikehendaki oleh Umngok. Mereka jika boleh mahu PAS bersama dengan Umngok menyokong agar memepertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Maka bolehlah Umngok jadikan persetujuan bersama ini sebagai PAS telah bersepadu dengan Umngok.
Bayangkanlah agama rasmi Malaysia iaitu Islam mahu diganti dengan agama Kristian dengan sekelip mata. Ini bukan kerja senang. Ia tidaklah semudah itu mahu dilaksanakan. Semua orang tahu Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai agama rasmi Malaysia. Mana mungkin semudah itu mahu agama Kristian hendak digantikan sebagai agama rasmi. Semua ini memerlukan pindaan Perlembagaan, persetujuan 2/3 Ahli Parlimen dan perkenan dari Agong berserta dengan nasihat para Mufti dan Ulama. Jadi apakah maksud tersirat disebalik isu ini? Tak lain hanyalah sebagai propaganda Umngok mahu menarik soongan PAS kepada mereka.
Puak Umngok sangka PAS akan semudah itu mahu menyokong mereka membuta-tuli sedangkan apa yang dihebohkan itu memang mustahil akan terjadi di Malaysia dan isu ini tak pernah timbul atau ditimbulkan oleh sesiapapun. Prosesnya bukanlah semudah seperti cetakan tajuk utama oleh Utusan Meloya. Bahkan semua rakyat Malaysia tahu ia memang sukar untuk dibuat ataupun dipinda. Jadi isu agama rasmi ini tidak timbul sama sekali. Yang nyata Umngok sedang tenggelam timbul dalam mencari dahan untuk berpaut setelah hanyut dipukul ombak Tsunami 2008.
No comments:
Post a Comment