Thursday, February 17, 2011
Monday, February 14, 2011
Mubarak Dihumban Ke Lobang Najis
Rakyat Mesir berpesta meraikan kejatuhan Rejim Mubarak setelah 30 tahun lebih menyusahkan rakyat.


Friday, February 11, 2011
7 Katak Beracun
The Deadliest Frogs on Earth


For most animals, their colouring is not an aesthetic choice, but a matter of life and death. The ability to evade the wary eyes of a predator by blending into the surrounding environment has arisen again and again within the animal kingdom – and with some necessity. But there are some critters that blatantly waive this rule, and though they look good enough to eat, some of them can kill you with a single touch. These are the famous poison arrow frogs of South and Central America.
Thor Hakonsen - ZULKIFLI NOORDIN




Frogs of the Dendrobatidae (meaning ‘tree walker’) family walk a different path than most: they use bright colours to advertise their presence to the world. They rely on the fact that most predators recognize such colouring as a signal that the animal contains a deadly poison, and thus is not at all palatable. Many species contain alkaloids in their skin – a group of plant chemicals. Alkaloids are used for many things by people, from coffee to nicotine to toxins. How these frogs produce their alkaloids was a bit of mystery before it was discovered that they consume very small amounts of certain alkaloid-synthesizing plants and mites. This diet causes the toxins to build up in the frogs’ bodies without poisoning them. The process by which the toxin makes its way to the skin is still a mystery.
A bizarre result of this is that frogs raised in captivity and deprived of their normal diet grow up to be completely harmless. The insect eaten by the most poisonous frog, the golden poison dart frog (Phylobates terribilis), is still a mystery, though is thought to be a type of beetle.
Of course, these alkaloids are also famously used by tribes such as the Choco of Panama. Because in some species the toxins are only secreted when the frog is stressed, these tribes will sometimes impale or burn the still-living frog before smearing their blow-pipe darts in the substance known as batrachotoxin. Because batrachotoxin is destroyed by heat, these tribes will also boil the frog to make it safely edible.
When used as a hunting tool, the toxin can cause respiratory problems and heart failure. There is no effective antidote known. A single tiny golden poison dart frog contains over 8 times the estimated human lethal dose. This particular frog is so poisonous that it can only be handled with protected hands. It’s expensive (metabolically speaking) to produce such bright colours as well as such deadly poisons, but it’s important that any potential predators learn quickly to associate the two. Studies have shown that an experience with toxic, brightly-coloured prey causes predators to avoid all similarly gaudy specimens.
The various families of poison frogs cash in on this by using the same scheme. Rather than each developing unique ways to advertise their toxicity, quite widely separated families all use the same mechanism: colour. If predators in an area are avoiding bright colours, they might as well! Evolution often does things the easy way. Living only in undisturbed rainforests and cloud-forests, poison arrow frogs are facing habitat loss at an alarming rate. Hopefully, recent research into pain killers and HIV and cancer treatments made from poison frog secretions will also result in a new appreciation of their worth.
Wednesday, February 9, 2011
Skandal Terbesar Majlis Agama Islam Pahang
Skandal Khalwat Yang Melibatkan Setiausaha MUIP
Inilah dia wajah pegawai kanan MUIP dan pasangannya itu
Dariapada siasatan sumber yang dipercayai Pegawai Kanan terbabit dalam kes tangkapan khalwat ialah ialah Md Mokhtar Haji Osman AMP yang merupakan Setiausaha Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Manakala pasangannya pula ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) di Unit Kewangan jabatan yang sama yang dikenali sebagai Normaliana Bt Mazlan.
Difahamkan, Normaliana sebelum ini bertugas secara kontrak di Pejabat Kadi Maran dan telah dilantik ke jawatan tetap di MUIP atas sokongan pasangannya itu (Md. Mokhtar). Malah, beliau yang berasal dari Felda Chini di Pekan juga pernah mempunyai kes yang sama sebelum ini. Namun, nasibnya selamat akibat hubungan eratnya dengan Setiausaha MUIP terbabit.
Hubungan mereka telah dihidu sejak sekian lama sebenarnya, tetapi masing-masing takut untuk menegur sehinggalah mereka ditangkap tahun lalu.
Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran yang berguna kepada pihak terbabit dan kepada semua mereka yang juga terbabit dalam skandal yang serupa ini.
Lanjutannya DI SINI
BUKTI BARU : Ketua Umno Doggies TERSIAR!
Sape lum tau citer leh baca sini dan sini dulu... karang korang terkejut... korang baru tau yang UMNO dan Zina takleh di pisahkan... kahkahkahkah.. Ingat UMNO ingat Zina! Ingat UMNO ingat AMAH! Ingat UMNO ingat big mama... kahkahkahkah.. Bukti BARU aku nak tepek.
Kepada Blogger, Berikut saya lampir salinan report polis dan beberapa gambar. Pembetulan, Rosli Alias adalah Timbalan Ketua Cawangan UMNO Pangsa Perdana. Saya sertakan gambar kereta beliau. Hingga kini beliau masih tinggal bersama walaupun telah ditangkap.
Saya kurang arif dengan pangkat Rosli dalam UMNO, kerana kurang terjebak dalam aktiviti UMNO berbanding dengan isteri saya. Saya telah beritahu berkali-kali dengan isteri supaya tumpukan hal ehwal rumahtangga,tetapi tidak pernah di pedulinya, Saya mengakui tersilap pilih jodoh.
Sebenarnya, Rosli suka mencabar Jais, tak tau apa sebabnya. Jadi tanda tanya, sejurus ketika ditangkap, beliau memberi amaran kepada anak perempuan saya 18 tahun,yang beliau telah bayar kepada seorang inspektor di Balai Polis Bukit Puchong. "Aku dah bayar kat inspektor Bukit Puchong". Saya tidak faham apa yang dimadsudkannya. Bagi tahu pembaca hati hati dengan Pengerusi Rukun tetangga, kerana mereka sepatutnya menjaga ketemteraman awam, tetapi telah rosakkan rumahtangga orang yang telah dibina berpuluh tahun Siarkan gambar kereta dengan nombor sekali supaya masyarakat boleh memantau.
Dan kes zina turut diakui oleh blogger UMNO. Blogger ini telah hubungi suami kepada isteri yang kononnya berzina dengan pemimpin UMNO itu, iaitu Alang Aziz Sham. Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com
Ini kata Alang Aziz Sham :
1 - Mengikut kata Alang Aziz Sham, dia dan Rosli Bin Alias adalah jiran tetangga dan beliau telah pun bercerai dengan isterinya.
2 - Alang Aziz Sham kata, dia akan bagi nama imam yang terlibat dalam penangkapan tersebut.Tetapi beliau tidak mendedahkan dalam perbualan telefon. Katanya akan diberikan sedikit masa lagi.
Apapun isu ini masih diperingkat siasatan. Kita tak boleh tuduh wujud zina lagi, sekiranya tiada 4 saksi lelaki yang adil dan juga keterangan yang relevan. Kalau tak mereka yang tuduh orang berzina, pasti akan kena hukuman Qazaf. Justeru itu cukuplah kita minta agar pihak jabatan agama menyiasat perkara ini. Kalau benarlah kes zina ini, sudah pasti satu malaya akan meletup. Apa jua sekalipun, kebenaran pasti terserlah tak lama lagi..
aku nengok pencacai umno nih try2 nak senyap kan kes nih di alam maya.. kahkahkah kes adun selising depalah paling mentekedarah daging2 saudara mereka.. kahkahkah
DAN DENGAN SELAMBANYA AKU NAK TEPEK 2 GAMBAR, KORANG NENGOK ORANG atau KES SAMA KE BUKAN!?
gambar mangsa dogy pencacai tegar Umno tersebut..
gambar dalam surat kabor yang tak bagitau dia nih mangsa dogy pencacai tegar UMNO..
kahkahkahkah macam sama.. tapi muka tak nampak.. kahkahkah
sumber : Pencacai - Semalaysia
6 Isteri Seksi Pemimpin Dunia
1. Mehriban Aliyeva ( Azerbaijan )

Mehriban Arif Qizi Aliyevaborn lahir pada 26Ogos 1964, di bandar Bakuis. Dia adalah seorang doktor berkualifikasi, anggota Majlis Nasional Azerbaijan, isteri presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, UNESCO Goodwill Ambassador, ketua organisasi sosial dan budaya. Mehriban Aliyevawas lahir dalam keluarga orang pintar kerana Ayahnya, Arif Pashayev adalah putera penulis Mir Jalal Pashayev dan meraih gelaran doktor dalam fizik dan matematik pada masa ini bekerja sebagai Rektor National Academy Penerbangan di Baku. Ibunya, Aida Imanguliyeva (1939-1992) adalah seorang filolog terkemuka dan seorang suku Arab. Pada tahun 1982, Mehriban Aliyeva lulus dari Sekolah Menengah Umum di Baku dan ia meraih medal emas untuk kejayaan menyelesaikan pengajiannya. Beberapa bulan kemudian dia dibawa ke Universiti Kedoktoran Azerbaijan dan kemudian melanjutkan pengajiannya di Akademi Kedoktoran Sechenov Moskow, dari mana dia lulus dengan diploma kehormatan pada tahun 1988. Mehriban Aliyeva berkahwin dengan Ilham Aliyev pada Desember 1983. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Leyla (lahir tahun 1986) dan Arzu (lahir 1989) dan seorang putera Haidar (lahir tahun 1997). Dan Puteri tertuanya Leyla menikah dengan Emin Agalarov, anak orang yang penting di Azerbaijan Rusia Aras Agalarov dan memiliki dua putera, Ali dan Mikayil.
2.Leila Ben Ali ( Tunisia )
Leila Ben Aliborn Lahir pada 20 Julai 1957 adalah isteri Zine el-Abidine Ben Ali, bekas presiden Republik Tunisia. Dia adalah presiden Arab Organisasi Wanita (Awo) dan ketua Asosiasi Basma, sebuah organisasi amal bekerja untuk mendapatkan lapangan kerja bagi orang cacat. Pada bulan Julai 2010, Mrs Ben Ali didirikan Saida, untuk meningkatkan perawatan untuk pasien kanker di Tunisia. Ben Laila Ali adalah puteri satu-satunya, dari 11 anak, Mohamed dan Saida Trabelsi. Sebelum tahun 1992 berkahwin dengan Presiden Ben Ali, ia adalah seorang pendadan rambut dan dia mendapat pendidikan formal yang kurang dari sebagaimana sepatutnya. Setelah hubungan romantis berakhir dengan perkawinan pada tahun 1992 dengan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali, dia dan keluarganya naik di kedudukan penting dalam bisnes Tunisia dan menjadi terkenal kerana keserakahan, kekuasaan, dan kekejaman. Laila Ben Ali dan pada akhirnya Presiden Ben Ali dan Laila di ikuti banyak kerabatnya melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari 2011, Setelah terjadi Revolusi Rakyat Tunisia.
3. Carla Bruni ( Perancis )
Carla Bruni-Sarkozy lahir dengan nama Carla Bruni Tedeschi Gilberta, pada 23 Desember tahun 1967 di Turin Itali, merupakan pencipta lagu beradarah Itali dan Perancis, penyanyi, dan bekas model. Sejak Februari 2008, dia telah berkahwin dengan Presiden Republik Perancis, Nicolas Sarkozy. Setelah berkahwin dengan Sarkozy, pada bulan Februari 2008, Bruni terus mengikuti suaminya pada kunjungan negara, termasuk ke Beritain pada Mac 2008, yang menciptakan sensasi di persidangan internasional dan masyarakat di Britain dan Perancis. Sensasi tersebut kerana kontroversi pada menjelang kunjungan ke negara Britain, dengan adanya publikasi oleh rumah lelang Christie’s fyang melelong foto bogel Bruni yang diambil semasa kariernya sebagai juru foto model. Foto tersebut dijual untuk $ 91.000 Ada. juga berminat lemari pakaian Bruni, yang dilelong pada waktu yang sama dan pembelinya adalah Christian Dior. Dan wang hasil lelong tersebut disumbangkan ke Les Restos du CÅ“ur, sebuah organisasi yang menyediakan makanan untuk para tunawisma.
4. Lady Diana ( Britain )

Diana atau nama kebangsaannya Princess of Wales Diana Frances Spencer lahir pada 1 Julai 1961 dan mati pada 31 Ogos 1997. Anggota keluarga kerajaan Britain dan mendapat keperibadian antarabangsa akhir abad ke-20 sebagai isteri pertama dari Charles, Prince of Wales, yang menikah pada tanggal 29 Julai 1981. Pernikahan, yang diadakan di St Paul’s Cathedral, mendapat liputan oleh televisen dan disaksikan oleh khalayak manusia lebih dari 750 juta orang di seluruh dunia. Perkawinan menghasilkan dua anak iaitu Putera William dan Harry. Menjadi Seorang tokoh publik dari pengumuman pertunangannya dengan Pangeran Charles, Diana dilahirkan dalam sebuah keluarga,tua Inggeris aristokrat dengan keturunan kerajaan, dan media lebih banyak mengganggunya ketika ia bercerai dengan Pangeran Charles pada tanggal 28 Ogos 1996. Dan tak lama kemudia media mengexpose dirinya setelah kematiannya dalam kecelakaan kereta di Paris bersama temannya Dodi Fayed dan pemandu Henri Paul (pengawal Fayed’s, Trevor Rees-Jones, adalah selamat satu-satunya dari kemalangan). Diana juga menerima pengakuan untuk kerja amal dan atas dukungan dari kempen antarabangsa untuk Melarang Ranjau Darat. Dari tahun 1989, dia adalah Presiden Great Ormond Street Hospital for Children.
5. Cristina Fernandez de Kirchner ( Argentina )

Cristina Elisabet Fernández de Kirchnerborn lahir pada tanggal 19 Februari 1953 yang biasa dikenal sebagai Cristina Fernández atau Cristina Kirchneris. Pada masa ini beliau menjawat jawatan Presiden Argentina dan juga janda bekas Presiden Argentina Néstor Kirchner. Dia adalah Presiden perempuan pertama Argentina terpilih, dan isteri Presiden kedua yang pernah menjadi presiden kerana suaminya meninggal (setelah Isabel MartÃnez de Perón, 1974-1976). Setelah Pemilihan umum, Fernández pernah menjawat satu tempoh sebagai National Deputy dan tiga tempoh sebagai Senator Nasional dan dua penggal menjadi Gabenor Santa Cruz dan Provinsi Buenos Aires. asli La Plata, Buenos Aires, Fernández adalah lulusan dari Universitas Nasional La Plata. Dia bertemu suaminya semasa belajar, dan mereka pindah ke Santa Cruz untuk bekerja sebagai pengacara. Pada bulan Mei 1991, ia terpilih untuk legislatif provinsi. Antara 1995 dan 2007, ia berkali-kali terpilih menjadi anggota Kongres Nasional Argentina, baik sebagai Deputi Nasional dan Senator Nasional. Selama presiden Kirchner (2003-2007) ia bertindak sebagai First Lady. Fernández dipilih Front untuk kemenangan calon presiden pada tahun 2007. Dalam pemilihan umum Oktober 2007 ia memperoleh 45,3% undi dan mendahului 22% dari saingan terdekatnya. Dia dirasmikan pada tanggal 10 Desember 2007.
6. Rosmah Mansor ( Malaysia )

Errr... boleh ke jadi no 6 ni? Tengok gambar dulu, adakah menepati ciri-ciri isteri pemimpin dunia seperti di atas? Rosmah Mansor kurang diketahui secara tepat tentang maklumat peribadinya. Hmm.. barangkali ada sedikit, kerana dia adalah Wanita Pertama yang cukup mengambil berat hal ehwal keluarganya di kampung asalnya di Gemencheh, Negeri Sembilan menurut sebuah video di Youtube. Khabarnya dia juga cukup sayang akan adik lelaki kandungnya. Dia juga tidak menghalang adik lelakinya itu melarikan diri ke Australia akibat tidak tertahan dengan tekanan dan ugutan oleh saudara perempuannya sendiri. Dia juga cukup menyayangi akan anak perempuannya yang telah bernikah dengan Dr Fadzley seorang penyanyi dan pengacara popular. Khabarnya dia kerap rindu akan cucu kesayangannya dan kerap melawat cucunya itu. Dia juga bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri yang terlantik tatkala suaminya sakit akibat demam campak. Dia juga melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pendidikan dengan program Permata Negara, Menteri Wanita dan Kebajikan dengan aktiviti meningkatkan taraf hidup kaum wanita Malaysia dan menyumbang idea penubuhan Rumah Wanita Terlanjur di Melaka. Dia juga bertindak sebagai Menteri Kewangan, Menteri Luar Negara dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dengan menonjolkan dirinya sebagai ikon bisnes dan pemimpin dunia bagi menarik pelabur Timur Tengah dan Bangladesh melabur di Malaysia. Dia juga cuba membuktikan sebagai Menteri Dalam Negeri yang bagus apabila merasmikan kem PLKN serta mendesak para korporat membantu orang yang dalam kesusahan. Terakhir dia juga telah membuktikan bahawa dirinya seroang Menteri Belia & Sukan yang prihatin apabila merasmikan sukan lumba basikal Jelajah 1Malaysia.
Si Cacat Yang Ajaib
Walaupun tanpa tangan yang sempurna lelaki cacat ini cuba berikhtiar mencari rezeki dengan menampal tiub basikal dan menerima sedikit bayaran dari pelanggan. Terfikirkah anda betapa Agungnya Allah memberikan kedua-dua kaki kepada lelaki ini yang mampu melakukan kerja-kerja yang sukar dan hanya boleh dilakukan dengan tangan. Kita bagaiman pula? Ada cukup kaki dan tangan tapi masih malas mencari rezeki. Renung-renungkanlah..















Monday, February 7, 2011
Petrol Oh Petrol..
Isu kenaikan harga petrol sudah menjadi lumrah kehidupan rakyat Malaysia kini. Semenjak Pak Lah Badawi mengambil alih pemerintahan Malaysia sehinggalah diganti oleh Najib, kenaikan harga petrol semakin menjadi-jadi. Kononnya harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat mahal maka kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan bakar tersebut di negara ini. Itulah pertama kali rakyat Malaysia dikencing oleh puak pemerintah. Kenudiannya datang pula Idris Jala yang mengejutkan rakyat Malaysia dengan teori muflisnya. Tegasnya seandai kerajaan masih lagi menanggung subsidi bahan bakar dan bahan mentah maka Malaysia bakal muflis pada tahun 2012. Alangkah terperanjatnya seluruh rakyat Malaysia mendengarkan maklumat ini. Dan kini ada setahun lagi menjelang tahun 2012, apakah ramalan Idris Jala menjadi kenyataan? Hmm.. sekali lagi rakyat Malaysia dikencing pemerintah dan dengan sekelip mata harga bahan bakar dan bahan mentah dinaikkan. Kononnya sebagai tindakan penyelarasan subsidi demi mengelakkan Malaysia bankrap. Apakah semuanya ini? Tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar omongan karut. Harga minyak dunia mahal? Penyelarasan subsidi elak muflis? Semuanya ini adalah karut dan tidak logik di akal. Mana mungkin kita harus mengikut harga pasaran dunia bagi menentukan harga petrol di dalam negara. Malaysia adalah antara negara pengeluar petrol dunia. Stok simpanan kita mampu menampung keperluan berpuluh tahun akan datang. Jadi mengapa perlu kita membayar harga yang mahal demi menggunakan bahan bakar tersebut sedangkan ia dihasilkan di depan hidung kita sendiri. Hmm.. ada pula satu makhluk Allah ini mengatakan proses penghasilan petrol di Malaysia memerlukan negara mengimport bahan tertentu dari luar sebelum petrolium tersebut boleh digunapakai. Apa kejadahnya kenyataan dari makhluk perempuan ini? Bodohkah dia? Kalau dah dikatakan harga minyak dunia meningkat mahal maka kita sebagai pengeluar sudah barang pasti akan menjualnya ikut harga pasaran dunia. Bayangkanlah berapa juta yang berjaya Petronas kaut dengan fenomena kenaikan harga minyak ini. Keuntungan yang mereka kaut itu tidakkah cukup untuk menampung kos bahan keperluan pemprosesan petrol?
Senang cerita beginilah kita umpamakan. Ada seorang makcik menjalankan perusahaan kerepek. Jualan kerepeknya menjadi cukup laris dan menguntungkan dek kerana permintaan yang tinggi. Nak dijadikan cerita tidak ramai pula yang mampu membekalkan kerepek mengikut permintaan pasaran. Hanya ada beberapa kerat pembekal kerepek sahaja dan itu termasuklah makcik ini tadi. Oleh itu harga pasaran juga turut telah meningkat naik dek kerana kekurangan bekalan. Lalu banyaklah keuntungan yang berjaya dibuat oleh makcik itu. Nak dijadikan cerita teringinlah pula suaminya memakan kerepek keluaran makcik ini. Lalu dimintanya sebungkus dari isterinya. Di sini cuba anda fikirkan. Adakah makcik perlu mengenakan bayaran kepada suaminya yang teringin makan kerepek? Jika perlu adakah makcik harus mengenakan bayaran mengikut harga pasaran yang mahal untuk suaminya membeli kerepek tersebut? Hmm.. nampak kelakar dan mengarut bukan? Mustahillah suami makcik itu perlu membeli kerepek tersebut dari isterinya dan tak perlulah makcik mengenakan bayaran yang mahal untuk mendapatkan sebungkus kerepek keluarannya. Maka samalah juga perumpamaan ini dengan minyak petrol di negara kita.
Petrol adalah keluaran kita sendiri dan kita juga adalah pengguna kepada petrol tersebut. Maka adakah patut untuk kita dikenakan bayaran yang cukup mahal bagi mendapatkan bahan bakar yang sememangnya dikeluarkan oleh kita sendiri. Ya.. memang kita tak boleh dapat secara percuma tapi sekurang-kurangnya kos yang dikenakan tidaklah terlampau tinggi dan mencekik darah. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kononnya jika dibandingkan dengan Thailand dan Singapura kos yang dikenakan masih murah dan rendah. Ini satu lagi kenyataan bodoh yang keluar dari mulut pemerintah kita. Adakah mereka begitu bodoh untuk membuat perbandingan dengan dua buah negara yang tiada dalam senarai pengeluar petrolium dunia? Thailand dan Singapura memanglah akan mengenakan harga yang cukup tinggi untuk rakyatnya mendapatkan bahan bakar ini kerana mereka terpaksa membelinya dari luar. Mereka bukan negara pengeluar petrolium. Sebenarnya kerajaan tidak bodoh tapi mereka cuba hendak membodohkan rakyat Malaysia. Maka bagi rakyat bodoh yang menyokong kenyataan bodoh pemerintah ini basahlah kepala anda dikencing oleh mereka. Dalam isu pelarasan subsidi pula tidak cukup kuat untuk kerajaan menaikkan harga minyak. Janganlah mudah untuk kita percaya dengan teori gila Idris Jala ini.
Negara ini tidak akan bankrap ataupun muflis. Tidak ada keperluan mendesak kerajaan untuk memansuhkan subsidi petrol atau bahan mentah lain. Manakan tidak? Bekalan petrol yang banyak dengan keuntungan dari jualan yang meningkat di pasaran dunia sudah cukup untuk memberi pulangan yang lumayan kepada Petronas khususnya dan negara amnya. Kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan jutaan keuntungan yang diperolehi dari jualan di pasaran dunia. Apalagi harga setong minyak mencecah USD100 atau mungkin lebih. Berapa ratus atau ribu tong minyak mampu dikeluarkan oleh Petronas sehari? Terdapat berbelas jika tidak berpuluh telaga minyak Petronas di perairan negara ini. Satu telaga minyak sudah pasti mampu mengeluarkan beratus-ratus tong minyak sehari atau mungkin mencecah ribuan. Bayangkanlah untuk satu telaga minyak jika mampu mengeluarkan seratus tong minyak sehari dan didarab dengan USD100. Bagaimana pula jika sebulan? Setahun? Itupun jika cuma seratus tong bagi setiap telaga minyak. Jika lebih dari itu? Memang tak tercapai di akal untuk kita membayangkan keuntungan yang diperolehi oleh Petronas. Maka sebagai kesimpulannya kenaikan harga petrol di negara kita ini hanyalah satu ilusi dan khayalan sahaja. Ia diibaratkan sebagai lakonan atau wayang belaka.
Kenyataan yang sebenarnya adalah pemerintah ingin mengaut keuntungan sendiri hasil dari pengurangan subsidi tersebut. Lebihan kos subsidi yang sepatutnya ditanggung kerajaan tetapi dipaksakan kepada rakyat untuk menanggung sendiri itu akan terus masuk ke poket setiap makhluk yang duduk di Putrajaya dan sewaktu dengannya. Apa yang nyata mereka hidup senang-lenang walaupun harga minyak naik sedangkan kita berhempas-pulas menanggung kos yang tinggi. Kita jugalah yang menanggung semua biawak hidup ini dari mereka makan sehinggalah mereka berak.
Saturday, February 5, 2011
Tengok Astro Secara Live Dalam Kereta
Betul atau Tak Betul.. Entahleee..
ha…walaupun south korea sekarang ni sibuk perang, tapi rakyat dia dengan kreatifnya telah mengeluarkan satu idea teknologi yang tak berapa baru sangatlah, coz benda n dah digunakan di negara lain beberapa bulan yang lalu lebih awal la sebelum Malaysia kan.
Tapi memang menarik la, cuma harga nya amatlah tidak sedap mata memandang dengan harga sekitar RM2299 bagi SELFSAT antenna ni.
Korang kene pasang SELFSAT ni dekat atas bumbung korang bagi mnggantikan piring mcm parabola kat rumah korang tuh.
Lepas tu harga tu tak termasuk dengan caj installation tau. lepastu korang kene pasang Astro decoder, power inverter and AV systems to complete the installation. Kalau tak tak guna lah kau beli mahal2 selfsat tu tapi takde decoder,power inverter sume tuh kan.
membaziaq je nanti.
lepas tu astro pun nak kene buat subscription baru la macam kat rumah. tapi tu aku tak tau macamana, kene tanya kat Astro dlu la. Mungkin murah sikit kot sebab takde antenna kan.
bagi sesiapa yang berminat boleh lah tengok di website SELFSAT yea.
Wednesday, February 2, 2011
Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun
Otak 20 tahun dalam kubur masih elok di dalam tanah
SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi. Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia. Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah. Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya. “Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun. “Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya. Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain. “Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya. Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya. Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur. “Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah. “Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna. “Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini. “Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hambanya yang melakukan kebaikan,” katanya. Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
"Ini menandakan kekuasaan Allah Yang Maha Esa memelihara Otak yang barangkali digunakan oleh Si Pemiliknya sebagai penghafaz ayat suci Al-Quran.."
Subscribe to:
Comments (Atom)

















