Wednesday, April 18, 2012

Bersih & Sketsa SPR




Sketsa Menteri & SPR
Menteri - Tan Sri you cover up sikit.. You tahu apa nak cakap kan? Banyak soalan   Pembangkang tu nanti..
Tan Sri - Hmm.. you dont worry Dato' I know what to do heh heh heh.. I ikut buku   aje.. Soalan dia orang tu sure mati takat tu aje..


Sketsa SPR & Ahli Parlimen
Ahli PR - Tan Sri boleh beritahu kami bagaimana nama pengundi yang berumur lebih   100 tahun masih berada dalam senarai ni?
Tan Sri - Berkenaan isu nama pengundi lebih dari 100 tahun tu saya bagi pihak SPR   tak boleh nak berbuat apa-apa. Ini kerana waris tidak ada yang mengesahkan   nama pemilik tersebut telah meninggal dunia ataupun tidak.
Ahli PR - Bukankah SPR yang bertanggungjawab dalam menentukan senarai pengundi yang  bersih dan berwibawa? Takkan SPR tidak ada kuasa utk memadam nama-nama yang  meragukan itu?
Tan Sri - SPR tidak boleh memotong nama-nama tersebut sesuka hati kerana ia berkait  dengan pihak JPN. Jika mereka memberi kebenaran dan pengesahan maka baru   kami boleh laksanakannya.
Ahli PR - Kalau begitu apa nak ditunggu lagi? Dapat pengeshaan dari pihak JPN    dengan kadar segera.
Tan Sri - Itu sedang kami lakukan.. YB jangan bimbang.. Kami akan berurusan dengan   JPN dalam kadar segera..

Ahli PR - Bagaimana pula dgn kes satu alamat dikongsi oleh banyak nama pengundi?   Adalah mustahil satu alamat rumah dihuni oleh hampir dekat 40 ke 50 orang..
Tan Sri - Hmm.. berkenaan isu ini, kami pasti tidak berlaku sebarang kes sebegini.   Memang mustahil untuk berlaku perkara semacam ini.
Ahli PR - Tan Sri.. Kami bukan membuat tuduhan tapi kami ada bukti yang menunjukkan  berlaku perkara sebegini.. Umpamanya alamat rumah ibu YB Azmin Ali didapati  telah dikongsi oleh begitu ramai nama pegundi..
Tan Sri - Baiklah jika begitu YB boleh serahkan semua bukti tersebut kepada kami   dan pihak SPR akan jalankan siasatan dengan kadar segera..

Ahli PR - Tan Sri saya nak minta penjelasan berkenaan pemberian IC segera kepada   warga asing.. Adakah benar SPR terlibat dalam komplot ini? Bahkan telah ada  satu Task Force untuk melaksanakan rancangan ini..
Tan Sri - Hah hah hah.. Maaf.. Bagi sayalah adalah menjadi satu kesalahan untuk   memberi kewarganegaraan segera kepada warga asing.. Saya rasa tuduhan ini   terlalu serius dan saya berani sahkan bahawa SPR tidak terlibat dengan    mana-mana usaha yang YB katakan itu.. Kita perlu mengikut garis panduan   yang telah ditetapkan dan perkara yang menyalahi undang-undang tak akan   kami lakukan..

Ahli PR - Baiklah Tan Sri.. Nampaknya banyak soalan yang kami lontarkan, dijawab   dengan jawapan yang cukup skema sekali hahahaa.. Maaf.. Saya rasa Tan Sri   tidak berkata benar ni..
Tan Sri - Heh heh heh.. Terpulang kepada YB lah.. Saya telah menjawab segala yang   menjadi keraguan YB semua.. Tidak ada apa yang kami nak selindungkan..    Semuanya adalah telus..

Bersih Kuning












Kuning, Kuning & Kuning!!!