Saturday, July 28, 2012












Melayu Adalah Melayu Tetapi Melayu Tak Semestinya Islam

Untuk kita katakan seseorang Melayu itu adalah Melayu memanglah mudah. Memang tak logik jika Melayu itu dikatakan Cina ataupun India. Namun untuk mengatakan Melayu itu Islam tidaklah semudah itu. Ini kerana kebanyakkan Melayu sering mempermainkan Islam. Maka wajarkah kita mengatakan dia Islam?

Sebagai contoh lihatlah gambar-gambar di bawah ini. Rosmah Mansor isteri Najib Razak sudah semestinya Melayu. Tak mungkin dia dikatakan Cina ataupun India. Bagaimanapun adakah dia Islam? Memanglah jawapan bagi persoalan ini hanya ada pada Allah. Namun tergamakkah seorang Melayu yang mengaku Islam berperangai seperti di dalam gambar itu? Tidak menutup aurat ataupun bertudung ketika sedang bertadarus, mengaji Al Quran dan apalagi berada di dalam Masjid yakni Rumah Allah. Tidak menghormati Al Quran kalimah Allah dan Masjid Rumah Allah bolehlah diibaratkan nmempermain-mainkan hukum-hakam Islam.

Mengapakah Rosmah yang dikatakan Melayu dan sering didakwa oleh puak-puak UMNO sebagai Melayu itu semestinya Islam tidak menghormati perkara yang berkaitan Islam agamanya? Tidak bolehkan Rosmah menghormati Islam itu sebagaimana dia cukup menghargai cincin berlian yang dipakainya di jari dan semestinya akan disimpan rapi dalam almari. Tak mungkin dia sanggup mencampakkan cincin atau beg tangan kesayangannya di merata tempat.

Inilah yang dikatakan Melayu itu seringkali mempermainkan Islam yang didakwa sebagai agamanya. Rosmah hanyalah sekerat dari sekian banyaknya Melayu yang kerap tidak menghormati Islam. Oleh itu wajarkah kita mempercayai doktrin bahawa semua Melayu itu adalah Islam?