Friday, August 20, 2010

Harakah - 2 - 4 Apr 2010

Ketua Pembangkang mendedahkan bukti Kerajaan BN pimpinan Najib Razak menggunakan khidmat ejen Zionis Israel untuk membaikpulih imej kerajaan. {Nah! Sekarang ni siapa yg jadi ejen Yahudi? Najib atau Anwar?}



Buat julung kalinya, seorang pemimpin berskandal seks diberi kepercayaan menerajui MCA. {Apa yg boleh diharap dgn pemimpin tdk bermaruah lagi tak bermoral ini? Agenda seks haram barangkali bakal menjadi keutamaan MCA selepas ini.}



Ustaz Idris Ahmad menyifatkan slogan 1Malaysia hanya gimik politik bagi menarik sokongan kaum bukan Melayu kepada BN sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong kumpulan pelampau Melayu, Perkasa yang menghina kaum-kaum lain atas nama Melayu.{Kalau kaum Cina dituduh Pelampau dgn Suqiu dan kaum India juga dituduh Pelampau dgn Hindrafnya. Perkasa mcm mana pula?}



Nga Kor Ming menegaskan, perjuangan Umno-BN jelas utk kroni-kroninya dan bukan utk mengangkat martabat bangsa Melayu.{Biar rakyat mati takpe asalkan pemimpin Umno kaya-raya.}



Dr Aziz Bari menegaskan bahawa keputusan kerajaan BN menaikan gaji Polis boleh dihujah sebagai bertentangan dgn perlembagaan. Ini kerana undang-undang tertinggi negara itu menetapkan layanan sama rata dan menentang diskriminasi.{Mana agaknya Najib nak cekau duit buat bayar gaji baru Polis tu? Pakai duit EPF lagike?}



Hanipa Maidin menjelaskan bahawa ulama yg tiada kuasa seperti Harusani gagal mempertahankan fatwanya apabila TV3 tidak mengendahkannya dan tetap menganjurkan Jom Heboh di Perak tanpa mematuhi hukum Syarak. Tetapi apabila ulama yg ada kuasa seperti TG Nik Aziz membenarkan Jom Heboh di Kelantan. Ia secara tak langsung mendidik pihak penganjur supaya mematuhi setiap peraturan yg ditetapkan mengikut hukum Syarak.{Kuasa yg ada pada Harusani hanyalah setakat baca doa saja kot.}



Mahfuz Omar menyifatkan Model Ekonomi Baru tidak memberi kesan kpd rakyat mahupun membawa sesuatu yg baru umpama tulang yg direbus berulang kali, sedangkan isinya tiada.{Patutpun Najib tak berani bentang di Parlimen, takut kena bantai.}



Anwar Ibrahim menyatakan rakyat harus berasa bimbang dgn pengumuman MEB ini kerana Najib telah mengumumkan beberapa rancangan untuk menjual harta kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan(GLC).{Nampak gayanya kos perkhidmatan akan semakin meningkat tak lama lg}

No comments:

Post a Comment