Mana ada lg hak keistimewaan yg diagungkan itu. Kalau benarlah Umno perjuangkannya sudah tentu ramai orang Melayu yang menjadi Jutawan di Malaysia ini. Tentulah ada setidak-tidaknya 2 atau 3 ratus orang Melayu yg tersenarai menjadi Jutawan. Dan yg pastinya tidak wujud lg org Melayu macam aku ni yg bekerja kilang hidup merempat di rumah setinggan di tengah-tengah perut ibukota dengan gaji RM500 sebulan. Apa yang pasti hak istimewa itu hanya tinggal khayalan kerana mereka yg menikmatinya hanyalah dua tiga kerat rakyat bawahan yg kuat mengampu pemimpin atasan. Selebihnya dibolot oleh kaum kerabat Pak Menteri sahaja.
Apa yg Umno dan Perkasa nak tunjukkan kepada orang Melayu? Setelah lebih 50 tahun lamanya mereka memerintah adakah hak istimewa Melayu dipelihara? Realitinya amat mengecewakan sekali. Apa istimewanya orang Melayu yg kununnya dipertahankan oleh Umno jika mahu memiliki rumah sendiripun tak mampu. Orang Melayulah yang menduduki tangga paling atas rakyat paling ramai miskin di negara ini. Apa yang UMNO buat? Kenapa masih ramai lg orang Melayu yang miskin papa kedana? Hak Keistimewaan Melayu apa yang nak dipertahankan? Semuanya telah hancus sama sekali.
Bahasa Melayu kemana perginya? Kalau dah Pak Menteri sendiri asyik sibuk mempromosi Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Asyik nak speaking Mat Saleh setiap kali berbicara dimana saja berada. Bahkan dalam soal pembentangan kertas kerja atau persidanganpun Baha Melayunya entah kemana.
Tanah rizab Melayu mana dia? Jika pihak British memperuntukkan sebanyak 44% tanah di Malaysia sebagai rizab Melayu namun telah berkurang menajdi 30% dibawah UMNO apa sudah jadi? Siapa yang khianat Melayu sebenarnya? Orang Melayu dalam UMNOlah yang merenggut Hak Keistimewaan Melayu dalam soal tanah.
Sultan Melayu apa sudah jadi? Langsung tak berhak nak bersuara dan menyatakan pendirian sendiri. Mereka telah disekat dari mempersoalkan urusan politik negara oleh akta yang diluluskan di Parlimen yang disokong majoritinya orang Melayu UMNO.
Agama orang Melayu iaitu Islam juga tak ketinggalan mengalami penghapusan secara terancang. Orang Melayu UMNo sememangnya gerun dengan agama mereka sendiri. Bagi mereka Islam menyukarkan untuk mereka hidup bebas bergelumang dosa. Jadi bilai-nilai Islam dimusnahkan secara perlahan-lahan. Di sekolah subjek agama Islam bukanlah satu yang wajib. Begitu juga dalam peperiksaan tidak mengapa kalau tak mahu mengambil subjek agama Islam. Malahan para pelajar di sekolah juga tidak diajar ilmu agama Islam secara bersungguh-sungguh. Masa yang diperuntukkan amat sedikit berbanding subjek lain. Apa yang para pelajar Melayu Islam dapat? Bahkan ada yang tidak memberi tumpuan ketika guru atau ustaz mengajar. Maka inilah yang orang Melayu UMNO mahu agar semua orang Melayu jauh dari agamanya.
Ekonomi orang Melayu juga tidak berkembang. Ada orang Melayu yang betul-betul mahu berniaga diberi syarat mengarut sebelum mendapat sebarang bantuan kerajaan Melayu UMNO. Kena isi borang keahlian UMNO pula. Semua kontrak perniagaan atau projek diberi kepada orang Melayu yang rapat dengan orang UMNO. Bagi yang dapat kontrak berniaga pula diberinya kepada kaum peniaga Cina. Makan untung atas angin sahaja. Kalau ada peniaga Melayu yang cenderung pembangkang akan disenaraihitamkan.
Jadi apa lagi yang tinggal untuk orang Melayu? Ekonominya, agamanya, bahasanya, tanahnya dan sultannya langsung tidak terbela di bawah pentadbiran orang Melayu UMNO. Kata Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Memanglah yang tak hilangnya hanyalah nama Melayu itu sendiri namun keistimewaan yang patut dinikmati oleh orang Melayu dimusnahkan oleh orang Melayu sendiri datangnya dari UMNO. Melayu UMNO jugalah yang membunuh orang Melayunya sendiri tapi sering berkokok mempertahankan Hak Keisitmewaan Melayu.

No comments:
Post a Comment