Nampaknya puak UBN - UMNgOk telah semakin ketandusan idea untuk menghantar DSAI ke dalam penjara. Fitnah Liwat langsung tak menjadi apalagi dengan Video Lucah. Niat mahu memenjarakan DSAI sekali lagi masih belum diperkenankan oleh Allah. Almaklumlah niat jahat memang susah nak dimakbulkan kena pulak ramai orang alim yang berdoa agar DSAI dilindungi Allah.
Kenapa puak UMNgOk ni beria-ria benar nak kurung DSAI? Senang aje teorinya. Mereka memang takut dengan DSAI. Jika ditakdirkan Allah DSAI benar-benar berjaya menawan Putrajaya dan dilantik PM maka memang pening puak UMNgOk ni dibuatnya.
Bayangkanlah rahsia apa yang DSAI tak tahu tentang para Menteri UMNgOk? Najib, Muhyidin, Hishamudin, Zahid dan lain-lainya semua berada di bawah telor DSAI sewaktu dia menjadi TPM dulu. Gerentilah mereka ni kecut perut kalau DSAI bongkar rahsia rasuah yang telah berakar umbi dalam darah mereka.
Dr M pula berada setakuk di atas DSAI masa tu. Dah sememangnya DSAI jugak tahu segala rahsia jahat Dr M. Maka dia juga cukup gerun kalau DSAI jadi PM. Maka dek kerana gabra dengan perkembangan semasa yang memperlihatkan sokongan kuat rakyat kepada DSAI, satu tuduhan palsu perlu dibuat.
DSAI harus dipenjarakan. Kerana penjara adalah satu-satunya tempat yang boleh menyekat DSAI dari bersuara dan bergerak. Maka semua rahsia jahat dan rasuah mereka dapat ditutp dan dikunci rapat-rapat. Itulah niat dan matlamat mereka sejak dari Fitnah yang pertama lagi. Namun kuasa Allah siapa tahu? DSAI dibebaskan oleh Badawi.
Oleh itu sekali lagi mereka merencana untuk memnjarakan DSAI demi menjaga kepentingan perut dan bawah perut mereka. Kita tunggu apa lagi muslihat jahat yang bakal tercipta selepas Video Lucah ini...

No comments:
Post a Comment