Kalau dulu sebut saja Badan Pencegah Rasuah memang orang akan respek habis sebab mereka melakukan siasatan dan dakwaan tanpa pilih bulu. Tak kira orang KERAjaan atau pembangkang hatta Pak Menteri pasti akan kena hukuman kalau benar-benar bersalah.
Kini bila BPR dah bertukar nama menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ramai yang semakin menyampah dan meluat mendengarnya. Ada pulak yang kecut perut, bukan sahaja mereka yang bersalah bahkan mereka yang tidak bersalahpun turut gabra dibuatnya.
Apa tidaknya SPRM bukan lagi berfungsi mencegah rasuah tapi dah jadi pembunuh pula. Elok saja ditukar nama menjadi Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia. Bukan susah nak bagi bukti. Rujuk saja kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani. Di manakah mereka dijumpai mati? Kedua-duanya mati di kwasan pejabat SPRM.
Senang cerita bubar saja SPRM dan bentuk satu badan lain yang benar-benar telus dan jujur menjalankan tugas pencegahan rasuah. Lantik mereka yang bersih dan tulus dalam melaksanakan tugas mereka.
No comments:
Post a Comment