Isu kenaikan harga petrol sudah menjadi lumrah kehidupan rakyat Malaysia kini. Semenjak Pak Lah Badawi mengambil alih pemerintahan Malaysia sehinggalah diganti oleh Najib, kenaikan harga petrol semakin menjadi-jadi. Kononnya harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat mahal maka kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan bakar tersebut di negara ini. Itulah pertama kali rakyat Malaysia dikencing oleh puak pemerintah. Kenudiannya datang pula Idris Jala yang mengejutkan rakyat Malaysia dengan teori muflisnya. Tegasnya seandai kerajaan masih lagi menanggung subsidi bahan bakar dan bahan mentah maka Malaysia bakal muflis pada tahun 2012. Alangkah terperanjatnya seluruh rakyat Malaysia mendengarkan maklumat ini. Dan kini ada setahun lagi menjelang tahun 2012, apakah ramalan Idris Jala menjadi kenyataan? Hmm.. sekali lagi rakyat Malaysia dikencing pemerintah dan dengan sekelip mata harga bahan bakar dan bahan mentah dinaikkan. Kononnya sebagai tindakan penyelarasan subsidi demi mengelakkan Malaysia bankrap. Apakah semuanya ini? Tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar omongan karut. Harga minyak dunia mahal? Penyelarasan subsidi elak muflis? Semuanya ini adalah karut dan tidak logik di akal. Mana mungkin kita harus mengikut harga pasaran dunia bagi menentukan harga petrol di dalam negara. Malaysia adalah antara negara pengeluar petrol dunia. Stok simpanan kita mampu menampung keperluan berpuluh tahun akan datang. Jadi mengapa perlu kita membayar harga yang mahal demi menggunakan bahan bakar tersebut sedangkan ia dihasilkan di depan hidung kita sendiri. Hmm.. ada pula satu makhluk Allah ini mengatakan proses penghasilan petrol di Malaysia memerlukan negara mengimport bahan tertentu dari luar sebelum petrolium tersebut boleh digunapakai. Apa kejadahnya kenyataan dari makhluk perempuan ini? Bodohkah dia? Kalau dah dikatakan harga minyak dunia meningkat mahal maka kita sebagai pengeluar sudah barang pasti akan menjualnya ikut harga pasaran dunia. Bayangkanlah berapa juta yang berjaya Petronas kaut dengan fenomena kenaikan harga minyak ini. Keuntungan yang mereka kaut itu tidakkah cukup untuk menampung kos bahan keperluan pemprosesan petrol?
Senang cerita beginilah kita umpamakan. Ada seorang makcik menjalankan perusahaan kerepek. Jualan kerepeknya menjadi cukup laris dan menguntungkan dek kerana permintaan yang tinggi. Nak dijadikan cerita tidak ramai pula yang mampu membekalkan kerepek mengikut permintaan pasaran. Hanya ada beberapa kerat pembekal kerepek sahaja dan itu termasuklah makcik ini tadi. Oleh itu harga pasaran juga turut telah meningkat naik dek kerana kekurangan bekalan. Lalu banyaklah keuntungan yang berjaya dibuat oleh makcik itu. Nak dijadikan cerita teringinlah pula suaminya memakan kerepek keluaran makcik ini. Lalu dimintanya sebungkus dari isterinya. Di sini cuba anda fikirkan. Adakah makcik perlu mengenakan bayaran kepada suaminya yang teringin makan kerepek? Jika perlu adakah makcik harus mengenakan bayaran mengikut harga pasaran yang mahal untuk suaminya membeli kerepek tersebut? Hmm.. nampak kelakar dan mengarut bukan? Mustahillah suami makcik itu perlu membeli kerepek tersebut dari isterinya dan tak perlulah makcik mengenakan bayaran yang mahal untuk mendapatkan sebungkus kerepek keluarannya. Maka samalah juga perumpamaan ini dengan minyak petrol di negara kita.
Petrol adalah keluaran kita sendiri dan kita juga adalah pengguna kepada petrol tersebut. Maka adakah patut untuk kita dikenakan bayaran yang cukup mahal bagi mendapatkan bahan bakar yang sememangnya dikeluarkan oleh kita sendiri. Ya.. memang kita tak boleh dapat secara percuma tapi sekurang-kurangnya kos yang dikenakan tidaklah terlampau tinggi dan mencekik darah. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kononnya jika dibandingkan dengan Thailand dan Singapura kos yang dikenakan masih murah dan rendah. Ini satu lagi kenyataan bodoh yang keluar dari mulut pemerintah kita. Adakah mereka begitu bodoh untuk membuat perbandingan dengan dua buah negara yang tiada dalam senarai pengeluar petrolium dunia? Thailand dan Singapura memanglah akan mengenakan harga yang cukup tinggi untuk rakyatnya mendapatkan bahan bakar ini kerana mereka terpaksa membelinya dari luar. Mereka bukan negara pengeluar petrolium. Sebenarnya kerajaan tidak bodoh tapi mereka cuba hendak membodohkan rakyat Malaysia. Maka bagi rakyat bodoh yang menyokong kenyataan bodoh pemerintah ini basahlah kepala anda dikencing oleh mereka. Dalam isu pelarasan subsidi pula tidak cukup kuat untuk kerajaan menaikkan harga minyak. Janganlah mudah untuk kita percaya dengan teori gila Idris Jala ini.
Negara ini tidak akan bankrap ataupun muflis. Tidak ada keperluan mendesak kerajaan untuk memansuhkan subsidi petrol atau bahan mentah lain. Manakan tidak? Bekalan petrol yang banyak dengan keuntungan dari jualan yang meningkat di pasaran dunia sudah cukup untuk memberi pulangan yang lumayan kepada Petronas khususnya dan negara amnya. Kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan jutaan keuntungan yang diperolehi dari jualan di pasaran dunia. Apalagi harga setong minyak mencecah USD100 atau mungkin lebih. Berapa ratus atau ribu tong minyak mampu dikeluarkan oleh Petronas sehari? Terdapat berbelas jika tidak berpuluh telaga minyak Petronas di perairan negara ini. Satu telaga minyak sudah pasti mampu mengeluarkan beratus-ratus tong minyak sehari atau mungkin mencecah ribuan. Bayangkanlah untuk satu telaga minyak jika mampu mengeluarkan seratus tong minyak sehari dan didarab dengan USD100. Bagaimana pula jika sebulan? Setahun? Itupun jika cuma seratus tong bagi setiap telaga minyak. Jika lebih dari itu? Memang tak tercapai di akal untuk kita membayangkan keuntungan yang diperolehi oleh Petronas. Maka sebagai kesimpulannya kenaikan harga petrol di negara kita ini hanyalah satu ilusi dan khayalan sahaja. Ia diibaratkan sebagai lakonan atau wayang belaka.
Kenyataan yang sebenarnya adalah pemerintah ingin mengaut keuntungan sendiri hasil dari pengurangan subsidi tersebut. Lebihan kos subsidi yang sepatutnya ditanggung kerajaan tetapi dipaksakan kepada rakyat untuk menanggung sendiri itu akan terus masuk ke poket setiap makhluk yang duduk di Putrajaya dan sewaktu dengannya. Apa yang nyata mereka hidup senang-lenang walaupun harga minyak naik sedangkan kita berhempas-pulas menanggung kos yang tinggi. Kita jugalah yang menanggung semua biawak hidup ini dari mereka makan sehinggalah mereka berak.
No comments:
Post a Comment