Saturday, January 29, 2011

Temubual Mstar - Cikgu Mala vs Tok Ai



Di bawah ni temubual Mstar: kedua-dua calon PRK Tenang. Kedua-dua calon ditanya soalan yang sama walaupun masa dan tempat temuramah berbeza.

Temuramah ni dari satu sudut boleh dikira macam debat jugak sebab menggunakan soalan yang sama. Maksudnya, pembaca boleh menilai perbandingan antara dua calon tu dari jawapan yang depa bagi.

Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?
Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.
Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.
"UMNgOk memang suka berKARAOKE.. Dah jadi trademark gitu.."


Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?
Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.
"Tu belum menang dah pi melancong jauh-jauh.. Kalau ditakdir menanglah.. Agaknya lagi jauh le dia pi melancong.. Kot-kot sampai ke Mongolia.. Perabih DUIT RAKYAT... Heh.."


Mstar: Sukan apa yang anda gemari?
Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.
Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
"Ni lagi satu kegemaran puak UMNgOk.. Main GOLF dan bincang pasal bisnes.. Bisnes macam mana nak SAPU DUIT RAKYAT.."


Mstar: Siapakah idola anda?
Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.
Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.
"Hmm.. elok sangatlah tu.. PEROMPAK beridolakan PENYAMUN.. Dua-dua pun BADIGOL.."

No comments:

Post a Comment